Cari Rumah Idaman Di Senawang Dan Sekitarnya?

Adakah Anda Sedang Survey Rumah Idaman Di Kawasan Senawang?

Laman Rumah Untuk Dijual ini mempunyai senarai rumah baru dan lama di kawasan Senawang dan sekitarnya. Kami merupakan perunding hartanah yang berpengalaman dan telah menguruskan banyak hal jual beli rumah baru dan yang telah diduduki.

Kami adalah kumpulan perunding hartanah yang sentiasa mengupdate jika ada rumah untuk dijual di Senawang.

Berikut Adalah Proses Yang Akan Anda Lalui Apabila Berminat Mendapatkan Khidmat Nasihat Dan Perundingan Hartanah.

  1. Anda perlu mengisi borang pertanyaan dibawah.
  2. Sertakan Nama, No Telefon, Email, lokasi rumah idaman anda dan bajet
  3. Kemudian kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan lagi detail dan jenis rumah yang diingini.
  4. Kami akan membuat carian rumah dikawasan yang anda inginkan
  5. Kami akan berikan senarai rumah melalui email
  6. Kemudian anda boleh membuat pilihan rumah untuk site visit
  7. Kami akan mengaturkan masa perjumpaan untuk site visit
  8. Semua ini di atur untuk anda secara percuma
  9. Sehingga anda berjumpa dengan rumah idaman anda di kawasan Senawang, atau yang anda ingini, barulah kami aturkan dokumen dan surat perjanjian belian dan juga urusan guaman.

Pihak kami tidak menerima sebarang wang sebagai booking mahu pun deposit, sebaliknya tugas kami sebagai perunding hartanah adalah untuk memudahkan anda membuat carian rumah idaman di kawasan Senawang dan sekitarnya.

Walaubagaimanapun ada jika sesuatu rumah itu diuruskan oleh agensi ejen hartanah lain, mereka memang ada meminta fee tertentu seperti yuran booking sebagai pengesahan anda mahu “secure” rumah tersebut. Ini bermakna kos – kos ini sahaja yang anda perlu sediakan.

Jika urusan tersebut dengan direct owner yang rata – ratanya baru pertama kali menjual rumah, mereka cenderung meminta 5% ke 10% deposit jika anda berminat untuk secure rumah tersebut.

Namun sekali lagi, anda tidak perlu bimbang sekiranya loan anda tidak lepas dan kehilangan wang deposit tadi. Ini kerana, pihak kami akan bertindak mengadakan semua borang dan surat hitam putih, serta akuan yang ditanda – tangan bersama oleh pembeli dan pemilik rumah. Dengan cara ini, hak anda di lindungi.

Jadi, jika anda berminat dengan khidmat perundingan hartanah untuk are Senawang dan kawasan sekitarnya, anda sememangnya sudah sampai ke laman yang betul.

 

en_USEnglish
en_USEnglish